Sebagai tambahan ilmu bersama... :)





.



Salbiah-Istighna
Qidam
Qidam berarti dahulu atau awal. Sifat Allah ini menandakan bahwa Allah swt sebagai Pencipta lebih dulu ada daripada semesta alam dan isinya yang Ia ciptakan..

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. “
QS. Al-Hadid: 3





Sifat qidam menafikan wujudnya Allah ada permulaan. Secara hakikat, Allah Ta’ala wujud tanpa ada permulaan. Dia hanya wujud secara sedia. Lebih dari jangkauan aqal manusia

Sebelum diciptakan alam, Allah telah ada dengan SEGALA SIFAT KESEMPURNAAN. Ketika itu, dinamakanlah Allah Ta’ala bersifat dengan sfat Qidam.
 Apabila Allah bersifat qidam, maka jadilah ia Qadim. Qidam menunjukkan kepada sifat yang ada pada zat Allah dan Qadim menunjukkan kepada zat Allah yang bersifat Qidam.
Dalam ilmu tauhid, qadim sentiasa digandingkan dengan perkataan azali, mengikut pendapat sesetengah ulama’ khususnya syeikh Suhaimi, ada perbezaan antara qadim dan azali walaupun Ia merujuk kepada maksud yang sama iaitu secara sedia (tiada permulaan).


Comments

  1. Assalamualaikum..
    Tahniah!menarik sungguh blog ni dan berinformasi.Boleh x ajar saya macam mana nak letak kalendar macam yang ada dalam ni?Jemput la berkunjung ke blog saya di URL http://infosainstahun5.blogspot.com.Jangan lupa follow ye.TQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog