Apa kata ustaz tentang Allah bersifat Qidam







Arti Qidam secara harfiyah adalah yang terdahulu, secara ma'any arti Qidam terbagi kepada3 pengertian
1. Qidam Idlofi, lamanya sesuatu karena disandarkan kepada yang lain, seperti ayah Qidam kalau disandarkan kepada anak, tetapi kalau disandarkan kepada kakek, ayah tidak Qidam.
2. Qidam Zamani, lamanya sesuatu karena memang sudah lama zamannya tetapi didahului dengan tidak ada, seperti Qidamnya alam semesta.
3. Qidam Dzati, lamanya sesuatu tidak diawali dengan tidak ada, tidak bersandar kepada adanya yang lain dan tidak terikat zaman, yakni Qidamnya Allah SWT.
Qidamnya Allah SWT, tidak terkurung zaman karena menurut para ‘Ulama Ushuluddin yang disbeut zaman adalah

مُقَا رَنَةُ مُتَجَدِّدٌ مَوْهُوْمٌ لِمُتَجَدِّدٍ مَعْلُوْمٍ اِزَالَةً لِلاِ بْهَا مِ

Artinya : Menyertainya sesuatu yang baru, yang masih negatif, kepada sesuatu yang baru yang adanya positif, demi untuk menghilangkan keabstrakan yang ada.

Berdasarkan dari ta'rif tersebut di atas, jelaslah bahwa Allah SWT, tidak terikat zaman, Allah SWT. Adalah Dzat Yang Qodim, Maha Tunggal, Allah SWT. Wahdahu La Syarika Lah, tidak ada yang menyertainya.
Oleh sebab itu maka tercabut dari Maqulat Mata, yakni bahasa yang menunjukan kepada zaman, seperti sekarang, kemarin, dahulu besok, bulan, tahun dan lain sebagainya, maka tidak sah pertanyaan : sejak kapan adanya Allah SWT. ?, sampai kapan dia berada ? dan sebagainnya ( Ust. A. Ja'far Shodiq Mag, 2010)



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Qidam ertinya sedia ada iaitu kewujudan Allah Ta'ala tidak didahului oleh tiada. Memang Tuhan telah sedia ada sejak azali (masa lalu yg tidak ada awal). Kewujudan Tuhan juga tidak disebabkan oleh sesuatu sebab.


Berbanding makhluk yg ada permulaan, iaitu permulaan kewujudannya seperti permulaan manusia dari setitis air mani yg hina (keluar dari lubang najis air kencing). Kewujudan manusia juga disebabkan hasil perkongsian hidup ibubapa mereka (Ustaz Sufi, 2009)






Erti qidam idhafi itu iaitu manifestasi daripada lama wujudnya maka iaitu mustahil kepada Allah Taala dan demikian lagi mustahil kepada Allah Taala pula baqa’ idhafi iaitu racan daripada kekal barang suatu di dalam dua zaman.

Dalil qidam:Sekiranya Allah tak bersifat qidam sudah tentu Ia baharu.Kalau ia baharu sudah tentu memerlukan kepada pencipta.Kalau Ia memerlukan pencipta sudah tentulah penciptanya berhajat pula kepada pencipta yang lainMaka berlakulah Daur atau tasalsul.Kedua2 ini adalah mustahil.Natijahnya memerlukanNya kepada pencipta adalah mustahil.Begitu juga mustahil Ia bersifat baharu.Begitu juga kata2 yang mengatakan Ia tidak bersifat qidam adalh mustahil.Natijahnya Allah bersifat qidam.

Dalil Naqli pula firmanNya dalam surah al-Hadid:ayat 2: “Dialah(Allah) yang awal dan Dialah yang akhir.

Dalil baqa’ pula sekiranya harus bagi Allah bersifat tiada nescaya mustahil Ia bersifat qidam.Telah diterangkan sebelum ini Allah wajib bersifat qidamDalil naqli pula surah ar-Rahman:26-27: “Tiap2 suatu yang wujud di atas muka bumi ini binasa.Dan berkekalan zat Tuhanmu (Ya Muhammad) yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” (Ibnu Azmi asy-Syafii Blog, 2009)








Comments

Popular posts from this blog