Posts

Showing posts from December, 2012

MENGAPAKAH DIKATAKAN BAHAWA ALLAH ITU WUJUD TETAPI TANPA PERMULAAN?

MENGAPAKAH DIKATAKAN BAHAWA ALLAH ITU WUJUD TETAPI TANPA PERMULAAN? Alam dan semua makhluk atau segala yang baharu ini, semuanya Allah yang menjadikan. Kerana itu, tentulah Allah, sudah ada lebih dahulu daripada semua makhluk ini. Bermakna Allah S.W.T  sudah sedia ada sebelum adanya makhluk dan segala yang baharu ini. Oleh itu, kalau dikatakan bahawa Allah itu ada permulaan, tentu Allah itu bukan tuhan lagi kerana ini bermakna Allah s.w.t ada yang menjadikan. Sedangkan Allah tidak ada yang menjadikan. Sebaliknya semua makhluk dan segala yang baharu ini dijadikan oleh Allah. Bagaimana pula Allah itu ada yang menjadikan? Dengan sendirinya akan terbatal pengertian bahasa Allah s.w.t itu ada permulaan. Jadi, nyatalah bahawa Allah itu tidak didahului oleh tiada. Amat mustahil bagi Allah itu pada mula-mulanya tidak ada dan kemudiannya baharu ada. Sebabnya, Allah itu tidak dijadikan oleh sesiapa. Kerana itu sifat sedia bagi Allah itu ialah sedia yang tidak ada permulaan. Tidak seper...