Posts

 🌼 Zikir Pagi Sesuai Sunnah 🌼 Ta'awudz Dibaca 1x أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ A'uudzu billaahi minasy-syaithoonir-rojiim. “ Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk .” Membaca Ayatul Kursy   .1 اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ “ Allah tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang (berada) dihadapan mereka, dan dibelakang mereka ...

RAMADHAN YANG DIBERKATI

Image
Risalah ramadan 000 artikel puasa ramadan from Abu Rusyda
SEJARAH SURAU MUKHLISIN  SK SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI Setiap individu yang dilahirkan di dunia ini disertai dengan potensi yang tersendiri. Ini bermakna setiap individu itu tidak tahu dan tidak berupaya untuk menggilap potensinya tanpa bantuan orang lain. Justeru menyedari hakikat ini tercetuslah idea untuk merancang dan membina sebuah surau di sekolah ini bagi mengimarahkan lagi program-program keagamaan. Keadaan sebelum ini yang agak menyulitkan di mana solat berjemaah diadakan di dalam kelas yang dijadikan sebagai surau sementara agak sempit untuk menampung bilangan warga SKSMI yang semakin bertambah dari setahun ke setahun. Kekangan ini dilihat menghalang niat suci pihak sekolah dan kementerian khususnya dalam melahirkan insan yang soleh berilmu, berperibadi mulia dan berintelek. Sehubungan itu pihak pentadbiran SKSMI dan PIBG telah mengorak langkah awal dengan merangka kertas cadangan yang dijadikan sebagai wadah awal dalam merealisasikan niat suci ini. Kertas...

Surau Imarah SKSMI Peringkat Daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Image
Alhamdulillah...syukur JOHAN PERTANDINGAN  SURAU IMARAH PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR. Tahniah kepada semua yang menjayakannya.  Inilah hasil kerja keras semua warga SKSMI. Semoga segala usaha di berkati dan diredhoi Allah.
Image
Persediaan Untuk Surau Imarah 2014 Pemantauan Awal oleh Ustazah Syarifah Tajila daripada PPD Kuala Kangsar Hasil pemantauan awal didapati terdapat beberapa pembaikan yang perlu di lakukan. Terima kasih Ustazah.
Image
Meeting Time Setiap tahun Panitia Agama Islam dan J-Qaf akan mengadakan mesyuarat empat kali setahun dan  dan beberapa perjumpaan kecil dan taklimat bagi merancang, melapor, membincangkan postmortem  untuk melancarkan semua aktiviti-aktiviti Panitia Agama Islam berjalan dengan baik. Begitu juga dengan semua aktiviti-aktiviti yang melibatkan Surau Mukhlisin sebagai salah satu tempat dilaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha-usaha yang di- laksanakan mahupun yang bakal dilaksanakan, demi kemajuan dan penghayatan Islam sejati di kalangan warga SKSMI , In Shaa Allah.

MENGAPAKAH DIKATAKAN BAHAWA ALLAH ITU WUJUD TETAPI TANPA PERMULAAN?

MENGAPAKAH DIKATAKAN BAHAWA ALLAH ITU WUJUD TETAPI TANPA PERMULAAN? Alam dan semua makhluk atau segala yang baharu ini, semuanya Allah yang menjadikan. Kerana itu, tentulah Allah, sudah ada lebih dahulu daripada semua makhluk ini. Bermakna Allah S.W.T  sudah sedia ada sebelum adanya makhluk dan segala yang baharu ini. Oleh itu, kalau dikatakan bahawa Allah itu ada permulaan, tentu Allah itu bukan tuhan lagi kerana ini bermakna Allah s.w.t ada yang menjadikan. Sedangkan Allah tidak ada yang menjadikan. Sebaliknya semua makhluk dan segala yang baharu ini dijadikan oleh Allah. Bagaimana pula Allah itu ada yang menjadikan? Dengan sendirinya akan terbatal pengertian bahasa Allah s.w.t itu ada permulaan. Jadi, nyatalah bahawa Allah itu tidak didahului oleh tiada. Amat mustahil bagi Allah itu pada mula-mulanya tidak ada dan kemudiannya baharu ada. Sebabnya, Allah itu tidak dijadikan oleh sesiapa. Kerana itu sifat sedia bagi Allah itu ialah sedia yang tidak ada permulaan. Tidak seper...