Monday, 21 July 2014
HISTORY
SEJARAH SURAU MUKHLISIN
SK SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI
Setiap individu yang dilahirkan di dunia ini disertai dengan potensi yang tersendiri. Ini bermakna setiap individu itu tidak tahu dan tidak berupaya untuk menggilap potensinya tanpa bantuan orang lain. Justeru menyedari hakikat ini tercetuslah idea untuk merancang dan membina sebuah surau di sekolah ini bagi mengimarahkan lagi program-program keagamaan. Keadaan sebelum ini yang agak menyulitkan di mana solat berjemaah diadakan di dalam kelas yang dijadikan sebagai surau sementara agak sempit untuk menampung bilangan warga SKSMI yang semakin bertambah dari setahun ke setahun.
Kekangan ini dilihat menghalang niat suci pihak sekolah dan kementerian khususnya dalam melahirkan insan yang soleh berilmu, berperibadi mulia dan berintelek. Sehubungan itu pihak pentadbiran SKSMI dan PIBG telah mengorak langkah awal dengan merangka kertas cadangan yang dijadikan sebagai wadah awal dalam merealisasikan niat suci ini. Kertas cadangan ini yang mencakupi segala permasalahan, objektif penubuhan surau dan juga anggaran yang diperlukan dalam pembinaan surau di sekolah ini telah disediakan dan diajukan kepada pihak yang berkenaan.
Bermula daripada kertas cadangan tersebut sumbangan modal telah dikumpulkan. Seluruh warga sekolah, masyarakat setempat, murid-murid tua SKSMI dan individu-individu telah terbabit dalam menyampaikan sumbangan ikhlas termasuklah pemimpin yang disegani dan disayangi ramai yamg juga merupakan Ahli Parliman Padang Rengas, YB Dato' Seri Mohamed Nazri b Abdul Aziz. Justeru terbinanya surau ini hasil sumbangan ikhlas semua pihak. Kata sepakat telah diambil untuk menamakan surau ini dengan SURAU MUKHLISIN. Berbekalkan sumbangan yang ada, pembinaan surau SKSMI telah dimulakan pada bulan Mei 2007. Pembinaannya mengambil masa 7 bulan itu akhirnya siap sepenuhnya dan mula digunakan pada Januari 2008. Sesungguhnya warga SKSMI berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dari awal hingga terbinanya surau di sekolah ini. Semoga segala usaha dan sumbangan diberkati dan dirahmati Allah. In Syaa Allah.
Sunday, 20 July 2014
PERTANDINGAN SURAU
Alhamdulillah...syukur JOHAN PERTANDINGAN SURAU IMARAH PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR. Tahniah kepada semua yang menjayakannya. Inilah hasil kerja keras semua warga SKSMI.
Semoga segala usaha di berkati dan diredhoi Allah.
MEETING MEETING MEETING
Meeting Time
Setiap tahun Panitia Agama Islam dan J-Qaf akan mengadakan mesyuarat empat kali setahun dan
dan beberapa perjumpaan kecil dan taklimat bagi merancang, melapor, membincangkan postmortem
untuk melancarkan semua aktiviti-aktiviti Panitia Agama Islam berjalan dengan baik. Begitu juga
dengan semua aktiviti-aktiviti yang melibatkan Surau Mukhlisin sebagai salah satu tempat dilaksanakan
aktiviti-aktiviti tersebut. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha-usaha yang di-
laksanakan mahupun yang bakal dilaksanakan, demi kemajuan dan penghayatan Islam sejati
di kalangan warga SKSMI , In Shaa Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)
SOLAH
E- BOOK OUTLINE 1. Introduction to Salah The Significance of Salah in Islam The Prophet's Teachings on Salah Salah as a Pillar of Fai...
-
Di Mana Allah Berdasarkan Al-Quran dan Hadis Sahih? Dalam Islam, Allah (Tuhan Yang Maha Esa) tidak menyerupai makhluk-Nya dan tidak terika...
-
E- BOOK OUTLINE 1. Introduction to Salah The Significance of Salah in Islam The Prophet's Teachings on Salah Salah as a Pillar of Fai...







